Khamis, 30 Jun 2011

50,000 kg beras dirampas

JOHOR BAHARU — Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor menumpaskan percubaan menyeludup masuk 50,000 kilogram beras ke negara ini selepas menahan seorang pemandu treler di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, di sini, Isnin lepas.
Pengarah KDRM Johor, Datuk Ramli Johari berkata, pemandu berusia 35 tahun bersama treler dari Singapura itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas anggota bahagian penguatkuasaan mendapat maklumat daripada orang awam.
"Pemeriksaan dalam treler itu menemui 1,000 guni beras dengan setiap guni itu mengandungi muatan 50 kilogram beras. Kesemua beras bernilai RM90,000 itu diikrarkan sebagai ”polycarbonate resin” ketika diangkut masuk ke negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...