Isnin, 25 Julai 2011

10 seksaan dahsyat terhadap wanita di akhirat


SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita
yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW
ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,
membuatkan Rasulullah menangis setiap kali
mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda
diperlihatkan
(1) perempuan yang digantung
dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu
melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan
(4) minyak panas dituangkan ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang
suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan
digantung buah dadanya dari arah punggung dan
air pokok zakum dituang ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang
menyusui anak orang lain tanpa keizinan
suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta
dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit
beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah
perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi
tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan
tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar
rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu
dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis
haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang
makan daging tubuhnya sendiri manakala di
bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah
perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain
dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang
memotong badannya sendiri dengan gunting dari
neraka. Mereka adalah perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat
akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9)
perempuan yang kepalanya seperti kepala babi
dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah
perempuan yang suka mengadu domba dan
sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor
ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya
dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah
perempuan yang suka marah kepada suaminya
dan memfitnah orang lain.
Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...