Jumaat, 1 Julai 2011

NGO akan berhimpun di Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Lebih sepuluh pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan.

Yang Dipertua Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Pulau Pinang Datuk Ahmad Saad berkata tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat. "Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...