Jumaat, 22 Julai 2011

Pengguna Facebook 1 Bilion Menjelang 2012

Pengguna Facebook Akan Cecah 1B Menjelang 2012



LONDON: Dengan hampir 700 juta orang menggunakan laman rangkaian sosial Facebook seluruh dunia pada masa ini  angka ini berkemungkinan mencecah satu bilion menjelang 2012.
Menurut laman statistik Social Bakers, perkembangan paling pantas datang daripada Brazil, dengan Facebook mengambil lagi 1.9 juta pengguna pada bulan Mei, laporan The Daily Mail.
Negara-negara lain yang mempunyai perkembangan pantas termasuk Indonesia, Filipina, Mexico dan Argentina.
Julai lepas, apabila Facebook mencecah tanda 500 juta pengguna, pengasasnya Mark Zuckerberg berkata bahawa tidak mungkin ia ‘tidak berpeluang’ untuk mencecah satu bilion.
“Sekarang ia hampir menjadi satu jaminan bahawa ia akan berlaku. Adalah menarik untuk melihat bagaimana permainannya sehingga selesai,” kata beliau.
Dalam suku pertama tahun ini, laman web itu menewaskan angka-angka biasa yang melompat dari 585 juta pengguna kepada lebih daripada 665 juta. Terdapat hampir 80 juta pengguna baru dalam masa tiga bulan.
Amerika Syarikat masih mengekalkan tempat sebagai negara pertama dengan lebih 149 juta pengguna, iaitu hampir setengah daripada penduduknya. 19 juta pengguna merupakan mereka yang menetap di California.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...