Khamis, 18 Ogos 2011

[FAKTA] Beg Rahsia Yang Dibawa Oleh Presiden Amerika Syarikat


The Nuclear Football atau lebih mesra dengan nama “President’s Emergency Satchel” atau ” The Button“ adalah sebuah beg hitam nuklear yang sentiasa dibawa oleh pegawai kanan Presiden Amerika Syarikat sekiranya beliau tidak berada di White House atau Pusat Operasi.
beg_nuklear_as (1)
The Football yang berwarna hitam ini yang beratnya sebanyak 18 kg berfungsi untuk memerintahkan penggunaan senjata nuklear ke sesuatu tempat. Ia akan digunakan apabila mendapat perintah daripada presiden sekiranya beliau tidak berada di kubu/pusat operasi, misalnya White House Situation Room. Isi lengkap beg berkenaan sebenarnya dirahsiakan, akan tetapi entah kenapa akhirnya rahsia itu terbongkar juga. Apa yang diketahui, didalamnya berisi komputer dengan butang pemacu nuklear serta buku instruction untuk menggunakannya (“Black Book” setebal 75 muka surat dengan ukuran 9×12 inch). Nuclear Football ini digunakan pertama kali pada ketika pemerintahan Presiden John F. Keneddy, iaitu pada saat krisis Cuba berlangsung. Pada masa itu, USA mempunyai hubungan yang tegang dengan Soviet. JFK amat risau sekiranya komander Soviet di Cuba tiba-tiba melancarkan bom nuklear tanpa perintah dari Moscow. Dan hal inilah antaranya kenapa JFK untuk mereka alat pemacu nuklear berbentuk mobile nih.
beg_nuklear_as (4)
beg_nuklear_as (3)
beg_nuklear_as (2)
Munk: Banyak lagi perkara hendak di KUPAS pasal benda-benda rahsia yang ada pada Amerika Syarikat ini. Kalau ada ..insyallah kami akan tulis untuk anda ;) 
SUMBER:kakiheboh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...