ALOR SETAR – Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Darah Wilayah Utara, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akan membuka operasi menderma darah pada waktu malam pada setiap Sabtu sepanjang bulan puasa.
Ketua jabatan itu, Dr Abdul Rashid Mohd Ibrahim dalam kenyataannya berkata perkhidmatan menderma darah dilanjutkan selepas waktu berbuka pada hari tersebut bagi memberi peluang kepada penderma yang berpuasa di siang hari.
“Orang ramai yang mahu menderma darah sepanjang bulan puasa boleh datang ke jabatan kami iaitu pada hari Ahad hingga Rabu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang manakala hari Khamis dari pukul 8 pagi hingga 3.30 petang.
“Setiap hari Jumaat, kita hanya beroperasi pada minggu pertama dan ketiga sahaja iaitu dari pukul 10 pagi hingga 4 petang manakala hari Sabtu, kita beroperasi pada 6, 13 dan 20 Ogos dari pukul 6 petang hingga 11 malam,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pendermaan Darah HSB di talian 04-7406266.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan