Siapa sangka, dengan hanya berbekalkan paku, tukul besi dan dinding, ia mampu untuk menghasilkan satu seni yang berharga. Sungguh kreatif pemikiran seorang artis yang mencipta kaedah-kaedah baru dan unik untuk menghasilkan seni. Tidak hairanlah mereka patut menjadi seorang artis seni kerana pemikiran mereka yang begitu kreatif.
Untuk mencipta satu seni berbentuk badan manusia dengan mengetuk paku bukanlah satu tugasan yang mudah, tetapi artis seni yang bernama Marcus Levine berjaya menjadikannya mudah serta mampu memcipta seni dengan hanya berimaginasi dan tanpa sebarang lakaran kertas padanya.
Serba sedikit biodata mengenai artis yang menghasilkan seni ini, beliau lahir di Yorkshire, Levine. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Jacob Kramer Art College. Beliau mula mengetuk paku ke dalam papan kayu dengan bertujuan untuk menghasilkan seninya yang pertama pada tahun 2005. Di sinilah bermulanya kerjaya sebenar beliau dan beliau amat menggemarinya.
Marcus Levine mengambil masa antara tiga hari hingga dua bulan untuk menyiapkan satu karya bergantung kepada saiz karjanya. Penggunaan paku antara 15,000 dan ke atas mencecah lebih dari 50,000 paku.
SUMBER:kakiheboh
SUMBER:kakiheboh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan