BAITULMAQDIS: Israel hari ini mengancam untuk mengharamkan wartawan antarabangsa sehingga sedekad daripada memasuki negara itu jika mereka menyertai flotila yang merancang melanggar sekatannya ke atas Semenanjung Gaza.
Amaran itu menunjukkan kebimbangan Israel terhadap flotila antarabangsa selepas setahun misi serupa berakhir dengan kematian sembilan aktivis Turki ditembak komando tentera laut rejim itu.
Tidak diketahui bila flotila kali ini akan belayar tetapi pihak penganjur membayangkan ia mungkin bermula minggu depan.
Dalam surat kepada wartawan asing, Pengarah Pejabat Akhbar Kerajaan, Oren Helman, menyifatkan flotila itu “satu provokasi merbahaya yang dianjur pelampau Barat dan Islam bagi membantu Hamas".
“Saya ingin jelaskan kepada anda dan media yang anda wakili bahawa pembabitan dengan flotila ini adalah perlanggaran undang-undang Israel dengan sengaja dan ia akan mengakibatkan peserta dinafikan kebenaran masuk ke Israel untuk 10 tahun," katanya
SUMBER:http://www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan