Khamis, 30 Jun 2011

15 jambatan yang mengerunkan di dunia

1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan


2. Aiguille du Midi Bridge, France



3. William Preston Lane, Jr. Memorial Bridge (Bay Bridge), Maryland



4. Sidu River Bridge, China


5. Royal Gorge Bridge, Colorado


6. Puente de Ojuela, Mexico


7. U Pain Bridge, Myanmar


8. Iya Valley Vine Bridges, Japan



9. Cikurutug Bridge, Indonesia


10. Carrick-a-Rede Rope Bridge, Northern Ireland


11. Capilano Suspension Bridge, Canada



12. Trift Suspension Bridge, Switzerland



13. Canopy Walk, Ghana


14. Mackinac Bridge, Michigan



15. Millau Viaduct, France

Pertembungan Messi, Neymar

BUENOS AIRES - Tuan rumah, Argentina merasakan mereka 'bertanggungjawab' untuk memenangi Copa America menerusi pasukan yang diperkuatkan dengan Lionel Messi.
Argentina tidak dapat menerima hakikat untuk menamatkan saingan di belakang musuh tradisi mereka, Brazil buat kali ketiga berturut-turut.

Seteru lama itu berentap pada final dua kejohanan sebelum ini, dengan kedua-duanya dimenangi Brazil.

Namun kelebihan sebagai tuan rumah pada kejohanan yang bermula hari ini sehingga 24 Julai, Argentina berharap dapat memenangi trofi buat kali pertama selepas 1993.

Ketika Argentina mempunyai Messi pada bahagian serangan, Brazil pula memiliki pemain pintar, Neymar, yang berpotensi sebagai 'Pele baru' setelah membantu Santos memenangi Piala Libertadores pada usia 19 tahun.

"Menjadi tanggungjawab kami memenangi kejohanan ini," kata juruIatih Argentina, Sergio Batista.

Argentina akan memulakan kempen kejohanan bola sepak tertua di dunia itu di Stadium Ciudad de La Plata esok, menentang Bolivia dalam Kumpulan A.

Argentina pernah dibelasah 1-6 oleh Bolivia pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada altitud tinggi dua tahun lalu di La Paz, di bawah jurulatih Diego Maradona.

Jentera serangan yang diperkuatkan dengan kehadiran Messi, Carlos Tevez dan Ezequiel Lavezzi manakala Gonzalo Higuain, Sergio Aguero dan Angel Di Maria di bangku simpanan, Argentina sepatutnya tiada masalah untuk membenam Bolivia, dalam saingan kumpulan mudah yang disertai Colombia dan Costa Rica.

Brazil, dengan jurulatihnya Mano Menezes kembali ke dengan 'permainan cantik' selepas era Dunga, akan menentang Venezuela dalam Kumpulan B di venue yang sama pada Ahad, sebelum ke Cordoba untuk menentang Paraguay dan Ecuador.

Menezes menggandingkan Neymar dan rakan sepasukan di Santos yang berusia 21 tahun, Paulo Henrique Ganso, yang dilihat mampu membuka gerakan Robinho dan pemain muda Brazil, Alexandre Pato di bahagian serangan. - Reuters

Sam, Lisa serasi bersama

SHAHEIZY Sam dan Lisa Surihani bergandingan kali pertama dalam filem Sekali Lagi yang mula ditayangkan pada 30 Jun lalu.



IMPAK populariti dua bintang terkenal ini memang melangkaui segala-galanya. Harus diakui, ketika ini nama Lisa Surihani danShaheizy Sam merupakan pelakon yang cukup diminati ramai.

Bukan hanya menjadi kegilaan peminat tetapi juga rebutan para produser di negara ini yang mahukan mereka berdua berlakon dalam filem masing-masing.

Ternyata nilai bintang (star value)yang dimiliki oleh Lisa Surihani dan Shaheizy Sam telah meletakkan mereka di puncak tertinggi ketika ini.

Sehinggakan ada khabar angin yang berhembus lembut mengatakan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam antara pelakon yang dibayar cukup tinggi untuk sesebuah filem.

Apatah lagi, ditambah pula dengan gelaran Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) yang dimenangi mereka tahun lalu menguatkan lagi perkhabaran itu.

Dengan populariti mereka itu juga, ia mampu menarik perhatian peminat filem tempatan untuk menonton filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab yang mula ditayangkan semalam (30 Jun).
Harga Shaheizy Sam

KALAU disingkap kembali diari seni Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa Sam ini, dia tidak mengecapi populariti dalam masa yang cukup singkat.

Dia bermula dari bawah, merangkak perlahan-lahan sehinggalah dia berjaya membina namanya sebagai salah seorang aktor popular negara.

Kredibiliti lakonannya juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Berilah apa sahaja watak kepadanya, dia tidak pernah gagal membawakannya dengan baik.

Jika tidak, mana mungkin trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23 menjadi milik mutlaknya tahun lalu yang dimenanginya menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Namun, ada suara-suara sumbang sudah kedengaran apabila mereka mula mempersoalkan kemunculan Sam yang begitu kerap di layar perak.

Sehinggakan ada yang berkata dengan kekerapan itu telah menjejaskan sedikit lakonan Sam apabila hampir kesemua watak yang diberikan kepadanya hampir sama.

Untuk tahun 2010 sahaja, Sam sudah membintangi lima buah filem berbanding hanya tiga sahaja pada 2009.
Sementara itu, dianggarkan sebanyak lima buah filem lakonannya menanti giliran untuk ditayangkan di pawagam sehingga penghujung tahun ini iaitu Adnan Semp-It 2, 8 Jam, Bini-Biniku Gangster, Aku Ada...Kau Ada??? dan Songlap.
Sambil melemparkan senyum, Sam menjawab segala pertanyaan itu dengan tenang dan memberitahu dia cukup sedar akan perihal itu.

"Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu mengecewakan sesiapa dan dalam masa yang sama, saya akui sudah mula berasa penat untuk berlakon kerana tidak cukup rehat.

"Bukan itu sahaja, untuk menghayati sesuatu watak itu, saya memerlukan persediaan yang cukup rapi.
"Inilah harga yang perlu saya bayar menjadi seorang aktor dan kalau mahu merungut pun, tidak boleh kerana ini adalah jalan yang saya pilih," jelasnya dalam nada penuh diplomasi.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd. Samad itu ditemui pada majlis tayangan filem Sekali Lagi anjuran DiGi di TGV Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Mahu berehat

Demi menjaga portfolionya sebagai seorang aktor, Sam memberitahu dia kini mula memikirkan untuk berehat seketika dari dunia lakonan bermula tahun depan.

"Saya tidak mahu cepat berasa bosan dan saya bimbang peminat serta penonton juga akan berasa seperti itu. Saya juga bimbang jika terlalu penat, ia akan memberi kesan kepada mutu lakonan saya juga.

"Dalam masa yang sama, mungkin saya mahu mencari peluang lain dengan menerbitkan filem sendiri bersama kakak saya, Zizie Ezette.

"Semuanya sebagai persediaan masa depan kerana dunia seni ini ibarat roda. Bukan selalu kita di atas dan apabila sampai satu tahap, kita akan berada di bawah juga," kata Sam yang memulakan karier lakonannya seawal usia 13 tahun menerusi filem pertamanya, Sama Tak Serupa pada tahun 1995.

Barangkali ramai yang tidak tahu, rupa-rupanya Sam tidak gemar untuk menonton lakonannya sendiri di layar perak.
Bukan mahu mendabik dada, tetapi kata Sam, adalah menjadi lumrah untuk anak seni sepertinya yang tidak pernah berasa puas dengan setiap lakonannya.

Pelakon filem Kongsi dan Ngangkung ini juga memberitahu dia lebih selesa penonton dan peminat menilai hasil kerjanya berbanding dirinya sendiri.

"Saya memang tidak suka mencari kelemahan sendiri dalam mana-mana filem atau drama yang saya bintangi.
"Jika berkesempatan, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem lakonan saya tetapi jika saya merasakan ia sudah mula menjatuhkan keyakinan saya, barulah saya akan berhenti menontonnya," jelasnya yang kini sibuk di lokasi filem Ngongkrong.
Serasi dengan Lisa

Menyentuh mengenai lakonannya dalam Sekali Lagi, Sam yang berusia 29 tahun itu memberitahu watak Arman banyak dipengaruhi oleh anak saudaranya.

Kata Sam, sebagai Arman yang mengalami gangguan otak selepas pembedahan tumor sehingga berperwatakan seperti seorang kanak-kanak, dia sendiri mengkaji bagaimana pemikiran dan personaliti anak saudaranya itu.
Ditanya mengenai keserasiannya dengan Lisa, aktor yang pernah menjadi bualan kerana lakonannya dalam drama Pa'e pada tahun 1998 itu, dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon jelita itu.

"Kami sudah lama berkenalan sejak dia berusia 14 tahun lagi manakala saya pula ketika itu baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Jadi, apabila digandingkan kali pertama dalam Sekali Lagi, saya tidak mempunyai masalah untuk berasa selesa dengan dia. Tetapi, dalam masa yang sama, saya tidak menafikan ada juga rasa gementar," katanya berseloroh sambil memandang ke arah Lisa di sebelahnya.
Sekali Lagi uji Lisa

SEBELUM ini, Lisa Surihani atau lebih mesra disapa sebagai Lisa itu begitu sinonim dengan aktor kacak, Farid Kamil.
Empat filem yang dibintangi mereka iaitu Lagenda Budak Setan, Semerah Cinta Stilleto, V3 Samseng Jalanan dan I'm Not Single telah meletakkan mereka sebagai pasangan layar lebar yang cukup serasi.

Apabila digandingkan kali pertama dengan Sam, aktres berusia 25 tahun itu mengakui gementar untuk berdampingan dengan aktor pujaan ramai itu.

Walaupun sudah lama mengenali Sam, tetapi perasaan itu tetap berbeza sewaktu di lokasi penggambaran filem tersebut.

"Sewaktu dengan Farid, saya memang tidak mengenalinya dan keserasian itu mula terbentuk apabila di lokasi. Tetapi, dengan Sam, saya perlu menjaga hatinya kerana bimbang tindak-tanduk saya membuatkannya tidak selesa atau janggal.

"Dalam masa yang sama, portfolio Sam sebagai seorang aktor terkenal juga membuatkan saya gementar untuk berdampingan dengannya.

"Dalam erti kata lain, filem ini memang memberikan cabaran yang berbeza dengan filem-filem lain yang pernah saya bintangi apabila watak Sheila ini merupakan seorang ibu tunggal," jelas Lisa yang mula mencipta nama menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2007.
Sayang dengan Mia Sara

Keserasiannya dengan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha juga membuatkan Lisa tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Mia Sara yang menjadi anaknya dalam filemSekali Lagi.

Mula digandingkan menerusi drama rantaian, Adamaya sekitar dua tahun lalu, Lisa dan Mia Sara dilihat cukup serasi di mata peminat.

Kerana itulah, ada ketikanya, Lisa perlu menjadi begitu berhati-hati sewaktu adegan bersama Mia Sara kerana menyedari sensitiviti kanak-kanak comel itu.

"Sebagai ibu dalam filem ini, saya perlu kawal emosi saya kerana tidak mahu hatinya cepat terusik dan terasa.
"Jadi, kalau mahu melepaskan rasa marah dalam adegan membabitkan saya dengan Mia Sara, saya perlu melakukannya dengan membaling kerusi.

"Selepas habis adegan itu, saya akan cepat memujuknya dengan mengatakan semua itu hanya lakonan dan saya tetap menyayanginya," cerita Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed yang akan muncul dengan filem Ombak Rindu penghujung tahun ini.
Abdul Hadi Yahaya menjadi pilihan K. Rajagobal pada posisi penyerang ekoran kecederaan Safee Sali apabila skuad negara menentang Taiwan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Taipei, Ahad ini.



KUALA LUMPUR - Skuad negara ke Taipei semalam bukan sahaja tanpa bekalan selesa apabila cuma menang 2-1 ke atas Taiwan di laman sendiri pada Kelayakan Piala Dunia, tetapi dihimpit risiko kehilangan Safee Sali pada aksi timbal balik, Ahad ini.

Kelibat Safee hanya sempat disaksikan pada babak pertama perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, apabila pemain itu dikeluarkan akibat cedera bahagian urat pelipat lutut.

Situasi itu pastinya merumitkan lagi misi skuad negara untuk menembusi kubu lawan di Taipei, kerana Taiwan kini yang memiliki kelebihan apabila meledak satu gol di sini, kelmarin.

Jurulatih Datuk K. Rajagobal sememangnya berdepan masalah tidak banyak pilihan di bahagian penyerang sejak aksi persahabatan dengan Myanmar di Kota Bharu 18 Jun lalu dan terpaksa menggunakan penyerang Terengganu, Abd. Hadi Yahya sambil dibantu oleh Baddrol Bakhtiar.
Ekoran masalah terbaru yang membelenggu skuad negara, Rajagobal berdepan tugas berat untuk membentuk percaturan bahagian serangan pada aksi di Stadium Perbandaran Taipei, Ahad ini.

"Apa-apa pun, menang tetap menang (di sini), tetapi saya akan melihat kecederaan yang menimpa Safee. Saya rasa dia mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan kedua kerana masalah urat pelipat lutut," katanya selepas perlawanan kelmarin.

Ini bermakna skuad kebangsaan kehilangan dua penyerang utama termasuk Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi watak penting ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, kecuali jika pemain itu pulih menjelang pertemuan Ahad ini.
Selain Abdul Hadi dan Baddrol, Rajagobal masih memiliki seorang lagi calon yang mampu mengisi kekosongan bahagian serangan iaitu Ahmad Fakri Saarani, yang dimasukkan sebagai pemain gantian kelmarin.

Namun, Ahmad Fakri gagal membentuk gandingan mantap bersama Abdul Hadi, apabila mereka digandingkan buat pertama kali namun terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan pada babak kedua kelmarin.

Sementara itu, pada bahagian tengah Malaysia mungkin tidak dapat menggunakan khidmat ketua pasukan, Safiq Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian lutut, namun tahap kecederaan tersebut masih menjadi tanda tanya.
Namun, tiada masalah besar buat Rajagobal pada posisi lain termasuk penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli yang memberikan persembahan baik, namun kesilapan barisan pertahanan membiarkan Chen Po Liang menjaringkan gol kelmarin, sesuatu yang tidak boleh diterima.

Gandingan Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Fadhli Shas agak leka sehingga membolehkan Taiwan memperoleh jaringan yang amat diperlukan mereka sebagai bekalan untuk perlawanan di gelanggang sendiri.
"Jaringan pasukan lawan akibat kelalaian pertahanan kita," kata Rajagobal.

10 hadiah paling mahal di dunia

Cinta telah membuat dunia terus berputar; cinta juga membuat anda memberikan hadiah yang paling mahal kepada seseorang yang anda cintai,boleh jadi pasangan anda, teman anda, anak anda atau orang tua. Orang cenderung untuk menghabiskan lebih untuk membeli hadiah untuk orang yang mereka cintai. Sejarah adalah saksi akan fakta ini. Berikut adalah senarai hadiah yang paling mahal di dunia, dari yang paling mahal sampai yang paling mahal.

10. Tas Victoria Beckham

David Beckham telah memberikan hadiah Victoria Beckham tas bertahtakan berlian yang menarik yang hanya tiga tas jenis ini dibuat dalam setahun. Himalayan Silver, sebutan untuk tas tangan ini, adalah hadiah Natal dari David Beckham untuk isteri tercinta.Tas dibuat dari kulit buaya putih halus dan memiliki berlian 3 karat pada kuncinya. Victoria Beckham mempunyai beberapa tas tangan yang dibuat pereka berbakat hadiah suaminya, jumlah nilai lebih dari USD $ 3 juta.
Harga: 1 tas Beckham sekitar USD $ 129.000


9. Cincin Tunangan Beth Ostrosky dari Howard Stern

Howard Stern Hobby Stern mereka 5.2 karat cincin pertunangan dari zamrud yang dia berikan untuk kekasihnya Beth Ostrosky pada Hari Valentine 2007. Pasangan itu berkahwin pada tanggal 3 Oktober 2008.Cincin Ostrosky baru-baru ini mendapat kedudukan ke 2 di daftar cincin pertunangan selebriti terbesar, dengan posisi nombor 1 diambil oleh cincin berkilauan 6-karat Rebecca Romijn yang dihadiahkan oleh aktor Jerry O'Connell.
Harga: Cincin ini bernilai lebih dari $ 250.000.

8. Hadiah dari Raja Abdullah untuk Obama

Raja Arab Saudi Abdullah membuktikan kerjasama dan hubungan erat dengan menganugerahkan senilai USD 300.000 kepada Presiden AS Barack Obama , berupa perhiasan buku menarik dan item lainnya, selama tahun pertama menjadi presiden.Ini hadiah seorang raja melebihi tahap kebiasaan. Hal ini dianggap sebagai hadiah paling mahal yang diberikan oleh satu penguasa ke penguasa lain dalam masa-masa kini.

 
Diantara hadiah yang murah hati ini adalah satu set permata mewah senilai US $ 190.000, yang meliputi batu Ruby ​​dan perhiasan berlian, senilai USD 132.000 terpisah.

hadiah lain dari Raja Abdullah merupakan ornamen marmer dihiasi dengan miniatur pohon-pohon palem dan unta dari emas, anting-anting berlian untuk putri Presiden senilai $ 7000 masing-masing, dan jam kuningan Jaeger-LeCoultre.
Harga : Nilai jumlah semua hadiah dari Raja Abdullah untuk Presiden Obama, isteri Obama dan dua anak perempuannya adalah lebih dari 300.000 USD dolar.

7. Patung Liberty

Patung Liberty yang berdiri sebagai rambu menyambut di tepi New York memperingati persahabatan antara Perancis dan Amerika.Dirancang oleh pereka terkemuka Bartholdi, Patung Liberty setinggi 151 meter, dan berdiri untuk kemerdekaan, keadilan dan kebebasan.Patung itu hadiah untuk Amerika Syarikat dari rakyat Perancis.Angka ini merupakan Libertas, dewi kebebasan bangsa Romawi memegang obor dan sebuah tablet batu yang menggambarkan Deklarasi Kemerdekaan Amerika tertulis. Sebuah rantai putus terletak di kakinya, yang menunjukkan pemecahan rantai perhambaan dan penaklukan.
Harga : Kos pembangunannya US $ 530.300 . Kos asas sekitar $ 280.000, yang sebahagian besar disumbangkan oleh orang awam Amerika.

6. Permata Taylor-Burton


Elizabeth Taylor diberi banyak hadiah mahal oleh bekas suaminya Richard Burton.Namun, pada tahun 1972, Burton mendapat hadiah ulang tahunnya ke-40 yang melampaui semua kurnia yang lain. Berlian berbentuk buah pir 69,42 karat yang berasal dari batu kasar yang ditemui di Afrika Selatan. Cartier menghargai perhiasan berlian ini sebesar USD $ 1.050.000. Berlian "Taylor-Burton" itu dipamirkan oleh Cartier di New York dan Chicago malah setelah itu dijual kepada Burton. Elizabeth Taylor melelong berlian itu dengan harga USD 5 juta pada tahun 1978. Nilai berlian itu kini belum diketahui.
Harga : Berlian Burton Taylor lebih dari USD 5 juta $.

5. Cincin Beyonce Knowles


Penyanyi Beyonce Knowles menerima berlian menakjubkan tanpa cacat 18-karat ditempatkan dalam platinum, pada masa ini bernilai lebih dari $ 5 juta.Dicipta oleh Lorraine Schwartz, cincin ini merupakan salah satu dari jenis yang telah diasuransikan atas jumlah yang sama.Pereka yang sama telah menciptakan rekaan untuk Christina Aguilera, Jessica Simpson dan Jennifer Lopez. Namun Beyonce, juga mempunyai cincin imitasi seharga $ 5.000 yang dia pakai di tempat awam, untuk keselamatan.
Harga : Rapper Jay-Z membayar 5 juta dolar USD untuk berlian-18 karat untuk isterinya Beyonce

4. Patung Roman Abramovich



Salah satu orang terkaya di dunia, Roman Abramovich membayar kira-kira $ 14.000.000 untuk sebuah patung perunggu untuk kekasihnya.patung ini dibuat oleh tukang memuat patung Swiss Alberto Giacometti dan disebut "Femme de Venise". Selain itu, milioner ini juga telah menghabiskan $ 60 juta sebulan membelikarya seni mahal untuk kekasihnya.hadiah lain yang juga amat mahalnya termasuk villa di Colorado dan dua lukisan karya Lucian Freud dan Francis Bacon sebesar $ 120 juta.
Harga : kos patung kira-kira $ 14 juta.

3. Berlian Orlov

Permaisuri Rusia Ratu Catherine memberikan hadiah mewah pada Grigory Count Orlov, seorang komandan tentera.Dia menghadiahkan 800 budak, membina sebuah istana megah untuknya, dan negara bahagian Gatchina dekat St Petersburg yang juga dihadiahkan padanya. Sebagai balasannya, Count memberikan berlian unik yang besarnya separuh telur merpati, pada 1798. Berlian bernama Orlov dan dimasukkan ke dalam tongkatnya. Orlov dianggap tak ternilai harganya, .Berlian Orlov beratnya 198,62 karat dan berwarna biru-hijau.
Harga berlian Orlov 400.000 Rubel Rusia pada tahun 1798, tapi entah di masa ini

2. Permata Kohinoor


Awalnya ditemui di Andhra Pradesh di India beberapa abad lalu, Kohinoor dianggap sebagai berlian terbesar yang pernah ditemui.Seiring waktu, berlian ini milik harfiah raja yang memerintah India, sebelum akhirnya jatuh ke tangan Inggeris.Inggeris mengalahkan Maharajah Dhulip Singh dari Punjab, seorang keturunan raja besar Ranjit Singh dan mengesahkan Kohinoor sebagai rampasan perang. Namun, kemudian diatur bahawa berlian harus diberikan kepada Penguasa monarki Inggeris, Ratu Elizabeth, oleh Maharajah Dhulip Singh sendiri. Itu sebenarnya adalah hasil penaklukan, tapi catatan sejarah menulisnya sebagai hadiah.

Hari ini, satu once 186 1 /16 karat berlian adalah kurang dari setengah ukuran aslinya. Pada satu titik, Kohinoor menghargai berlian itu senilai dengan biaya pemeliharaan separuh dunia dalam sehari.
Harga : Memandangkan nilai moneter berlian Kohinoor tidak pernah didokumentasikan sampai hari, kita tidak mempunyai petunjuk yang jelas untuk menentukan harganya. Berlian ini dianggap tak ternilai harganya.
Namun, Reinkarnasi berlian Kohinoor adalah bahagian paling penting dari permata untuk mahkota penguasa kerajaan Inggeris, yang bernilai jumlah pada masa ini adalah antara 10 milion hingga 12.7 Million poundsterling


Kohinoor adalah titik fokus utama dari koleksi ini, nilai dari berlian itu sendiri harus dalam milion poundsterling.

1. Taj Mahal

Taj Mahal yang indah ini telah dikatakan selama berabad-abad sebagai perwujudan abadi dari cinta sejati.
Struktur menakjubkan dibina seluruhnya dari marmar putih dan merupakan pemandangan yang menakjubkan tatkala dilihat di bawah sinar bulan.Dibangun oleh Kaisar Shah Jahan untuk merayakan cintanya kepada isterinya tercinta Mumtaz , Taj Mahal merupakan bukti bisu pembuktian seseorang untuk pengabdian dan cintanya.Mumtaz Mahal, seorang puteri Parsi adalah salah satu cinta sejati Kaisar Shah Jahan. Dia meninggal ketika dia masih 39 tahun semasa melahirkan anak ke-14 . Kematiannya lalu menghancurkan hati sang kaisar, yang membangun monumen ini , sebuah makam yang lebih indah daripada yang pernah ada sebelumnya, untuk menghormati keinginan terakhirnya.

Pembinaan dimulai tahun 1632 dan memerlukan masa selama 22 tahun ,20.000 pekerja untuk menyelesaikan pembinaan makam raksasa ini.
Harga : Jumlah kos untuk membangun monumen besar ini dianggarkan sekitar 32 juta Rupee India pada waktu itu (1653)

Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi

KUALA LUMPUR, 1 Julai: "Selamat tinggal Tanjung Pagar" mungkin paling tepat diucapkan apabila bermula hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di Tanjung Pagar bukan lagi milik Malaysia.

Ianya kerana pada 24 Mei tahun lalu, kerajaan BN melalui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bersetuju menamatkan khidmat KTMB di Tanjung Pagar bermula 1 Julai 2011 dan akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).

Sementara itu, PAS menyifatkan kehilangan tanah KTMB itu membuktikan BN tidak lagi mampu mempertahan kedaulatan negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, rakyat perlu melihat ketidakmampuan kerajaan BN itu apatah lagi untuk menjaga dan mempertahan perkara bertindih yang lain.

"Barisan Nasional tidak boleh lagi menjamin kedudukan politik dan kedaulatan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Itu warisan terakhir tanah Malaysia di Singapura. Ia hilang dan gagal dipertahankan dibawah era pentadbiran Najib.

"Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau memberikan reaksi terhadap kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai hari ini, 1 Julai 2011.

Kesemua tanah itu dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

"Sebelum ini kita kehilangan Pulau Batu Puteh. Sekarang tanah KTMB pula. Kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.

"Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan 'win-win
situation'.

"Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat semalam memaklumkan upacara 'Tangisan Tanjung Pagar' dibuat di stesen keretapi Johor Bahru semalam.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.



sumber: http://bm.harakahdaily.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...